Top

Terma Dan Syarat Peraduan

 

Pihak Penganjur dan Kelayakan

 

  1. PERADUAN RAYA FIESTA [“Peraduan tersebut”] dianjurkan oleh Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd [“Pihak Pengajur”] dimana Peraduan tersebut terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah dan mempunyai alamat kediaman di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas setakat pada 1.1.2017 dan tertakluk kepada Terma Dan Syarat Peraduan yang terkandung di sini.

 

Tempoh

 

  1. Peraduan tersebut akan diadakan selama 93 hari, dari 1 April 2017 pada 12am hingga 2 Julai 2017 pada 11:59pm mengikuti zone waktu Malaysia (GMT +8) [“Tempoh Peraduan”].
  2. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis awal. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Penyerahan akan dikira tidak sah dan dibatalkan secara automatik.

 

Penghantaran Penyerahan dan Kriteria Kelayakan

  1. Untuk menyertai Peraduan tersebut, Peserta dihendaki membeli mana-mana jenama produk yang disebutkan di sini, seperti, May, Fruitale, Antabax, Labour, Zip, Bio-home, Syaza (Produk tersebut) serta bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] dan ke atas. Sila rujuk kepada laman web di buynwinlah.com untuk keterangan lanjut Produk tersebut.
  2. Peserta hendaklah tekan butang ‘Like’ di laman Facebook pembelian Produk tersebut mengenai pembelian Produk tersebut. Peserta didorong untuk membaca dan memahami Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Peraduan sebelum menyertai Peraduan Raya Fiesta tersebut. Peserta dihendaki mengisi semua butir-butir berkaitan yang dihekendaki dengan lengkap di borang laman web dan memuat naik resit pembelian Produk tersebut sebagai bukti pembelian di laman web yang dinyatakan di atas.
  3. Peraduan tersebut terdiri daripada dua [2] kagetori:
  • Tier 1

Terbuka kepada 100 Peserta pertama yang ‘like’ di laman Facebook pembelian produk tersebut dan telah menyelesaikan penghantaran penyerahan dan resit melalui Facebook. Hadiah dalam kategori ini akan dianugerahkan kepada pemenang setiap minggu. Hadiah yang dianugerahkan merupakan baucar tunai yang bernilai RM120.

  • Tier 2

Terbuka kepada Peserta yang telah menyesaikan penghantaran penyerahan dan resit seperti Tier 1 tetapi hendaklah “share” post yang mengandungi gambar Produk tersebut di laman Facebook Produk tersebut dengan menggunakan hastag #buyNwinlah. 10 hadiah utama akan dianugerahkan kepada peserta yang mempunyai terbanyak “LIKES” sepanjang keseluruhan Tempoh Peraduan dalam kategori ini. Hadiah Utama yang dianugerahkan merupakan RM4000.

  1. Pemenang dihendaki mengisi semua butir-butir berkaitan yang dihendaki dan memuat naik resit pembelian Produk tersebut sebagai bukti pembelian di laman web yang dinyatakan di atas. Setiap resit tunggal (dengan minimum pembelian RM30) layak untuk satu (1) penghantaran penyerahan dalam Peraduan tersebut untuk setiap jenama Produk tersebut sahaja. Bukti resit pembelian yang dimuat naikan mestilah asal dan bertarikh dalam Tempoh Peraduan.
  2. Peserta mempunyai pilihan untuk ‘share’ post yang bersama dengan hashtag #buyNwinlah di laman Facebook Produk tersebut. 10 pemenang dengan yang mempunyai terbanyak ‘like’ akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama.
  3. Semua penghantaran penyertaan layak yang diterimakan untuk Peraduan tersebut, selepas diluluskan oleh Penganjur, akan disimpan ke dalam laman mikro dalam Tempoh Peraduan.
  4. 1300 pemenang akan dipilihkan sepanjang 13 minggu Tempoh Peraduan tersebut. Mengenai Tier 1, 100 pemenang pertama akan dipilihkan setiap minggu. Namun begitu, 10 pemenang di Tier 2 akan dipilih berdasarkan nombor “LIKES” yang terdapat dalam “shared post” pada akhir Tempoh Peraduan. Semua mingguan pemenang di Tier 1 akan dianugerahkan baucar tunai yang bernilai RM120. Hadiah Utama di Tier 2 akan dianugerahkan RM4000.
  5. Secara ringkasan, sepanjang Tempoh Peraduan, hadiah yang akan dianugerahkan adalah seperti bawah:
    1. Hadiah Mingguan: RM120 baucar tunai X 100 pemenang mingguan X 13 weeks
    2. Hadiah Utama: RM4000 X 10 pemenang
  6. Semua penghantaran penyerahan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti bawah:
  • Bukti umur perlu dikemukakan semasa menyerah penghantaran Peraduan.
  • Sekurang-kurangnya Satu [1] Produk tersebut daripada mana-mana jenama yang dinyatakan di atas mesti dimasukkan dalam gambar yang dikemukakan.
  • Untuk melengkapkan penghantaran penyerahan Peraduan tersebut, Peserta hendaklah menyerahkan butir-butir yang dinyatakan seperti di bawah melalui buynwinlah.com dan memuat naikkan resit Produk tersebut:
  1. Gambar asal Receipt pembelian Produk tersebut. Jenama Produk tersebut haruslah dikemukakan dengan jelas dalam resit tersebut
  2. Tarikh pembelian Produk tersebut
  3. Nama penuh seperti dalam kad pengenalan Malaysia (Mykad)
  4. Nombor kad pengenalan Malaysia (Mykad)
  5. Alamat Emel
  6. Nombor telefon bimbit
  7. Alamat Pengiriman
  8. Nama Produk yang dibeli
  9. Screenshot resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan
  • Syarat tambahan mengenai Tier 2:
  1. Produk pembelian haruslah dikemukakan dalam gambar yang dipaparkan dalam “shared post” dan boleh disahkan dan dikenalpastikan sebagai Produk Lam Soon bersama dengan hastag #buyNwinlah.
  2. Peserta boleh “share” post secara kreatif
  3. Untuk menyertai Peraduan tersebut, setiap penyertaan yang diserahkan mesti melengkapi semua langkah yang ditetapkan dalam Peraduan tersebut. Sebarang penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.
  4. Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini. Peserta diingatkan supaya tidak memanipulasi, mengeksploitasi
    atau membahayakan kanak-kanak secara tidak bertanggungjawab atau tidak perlu, dengan sengaja atau tidak sengaja untuk tujuan peraduan tersebut, dan mestilah mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam apa jua keadaan, Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang dilihat atau diperhatikan mengandungi sebarang unsur-unsur tersebut.
  5. Tarikh tutup untuk serahan mingguan adalah seperti berikut:
  6. Minggu Tarikh tutup untuk serahan

 

Minggu Tarikh Masa
1 1/4-7/4 12:00am-11:59pm
2 8/4-14/4 12:00am-11:59pm
3 15/4-21/4 12:00am-11:59pm
4 22/4-28/4 12:00am-11:59pm
5 29/4-5/5 12:00am-11:59pm
6 6/5-12/5 12:00am-11:59pm
7 13/5-19/5 12:00am-11:59pm
8 20/5-26/5 12:00am-11:59pm
9 27/5-2/6 12:00am-11:59pm
10 3/6-9/6 12:00am-11:59pm
11 10/6-16/6 12:00am-11:59pm
12 17/6-23/6 12:00am-11:59pm
13 24/6-2/7 12:00am-11:59pm

 

Hadiah:

  • Tier1

Hadiah Mingguan : RM120 baucar tunai X 100 pemenang mingguan X 13 minggu

 

  1. Tier 2

Hadiah Utama: RM4000 X 10 Pemenang

 

Penebusan Hadiah

  1. Pemenang terpilih akan dimaklumkan melalui telefon dan Mesej Peribadi di Laman Facebook oleh Pihak Penganjur. Pemenang terpilih dikehendaki memberi respons kepada Penganjur dalam lima [5] hari dari tarikh makluman jika terdapat sebarang kesilapan dalam butiran yang disenaraikan. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan jika Pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab selepas tiga [3] cubaan untuk menghubungi pemenang telah dilakukan oleh Penganjur atau ejennya. Semua hadiah mestilah dituntut dalam masa tiga [3] bulan selepas tarikh makluman. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya hadiah tidak diterima atau kelewatan dalam penghantaran melalui pos kepada pemenang. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kelewatan atau kecacatan dalam pemberitahuan melalui telefon dan Mesej Peribadi Facebook kepada Pemenang.

 

  1. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya penghantaran hadiah tidak selesai akibat butiran peribadi salah yang diberikan oleh Peserta.

 

  1. Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan
    hadiah dengan hadiah lain yang setara nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis. Nilai hadiah adalah benar semasa dicetak. Semua hadiah diberikan atas dasar ‘as it where is’ dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sebahagian atau sepenuhnya.
  2. Semua pemenang dikehendaki mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh semua pihak yang mengaturkan dan/atau menyediakan hadiah serta terma dan syarat yang dilampirkan kepada hadiah, jika ada.

 

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kecederaan peribadi dan/atau kematian) yang berpunca daripada penyertaan mereka dalam Peraduan tersebut, penebusan dan/atau penggunaan hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kecederaan peribadi dan/atau kematian) dalam apa jua cara yang dikenakan atas Peserta yang berpunca daripada penyertan mereka dalam Peraduan tersebut dan/atau pengunaan hadiah.
  2. Semua kos, yuran dan/atau perbelanjaraan yang akan ditanggung oleh Pemenang untuk menyertai Peraduan tersebut dan/atau untuk menebus hadiah, termasuk dan tidak terhad kepada rakaman, pengangkutan, penginapan, kos penghantaran/ kurier, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  3. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/ atau laman web.
  4. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada sistem komputer atau peralatan peserta dan/atau komputer mana-mana pihak ketiga, yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam Peraduan tersebut, termasuk memainkan, memuat turun sebarang bahan atau maklumat dari PERADUAN RAYA FIESTA dan berkaitan dengan Peraduan tersebut, serahan atau muatnaik untuk Peraduan tersebut, termasuk dan tidak terhad kepada sebarang kegagalan pelayan, hilang, lewat atau kerosakan data atau pincang tugas lain.

 

Hak Penganjur

  1. Dengan menyerahkan penyertaan anda untuk Peraduan tersebut, semua Peserta bersetuju dan mengesahkan bahawa semua hak harta intelek kepadanya akan menjadi milik Penganjur. Penganjur akan memiliki hak eksklusif untuk mengguna, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang diserahkan oleh semua peserta, menerbitkan nama peserta, dalam apa jua cara yang dianggap wajar untuk sebarang tujuan pengiklanan, dagangan, promosi dan untuk sebarang tujuan lain, tanpa memberi notis seterusnya kepada peserta, dan peserta tidak boleh menuntut pemilikan atau sebarang bayaran atau pampasan ke atas material tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, serahan tidak akan disunting untuk tujuan pengadilan.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan tersebut jika ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang, gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal komputer, atau sebarang sebab lain yang di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun Pihak Penganjur telah memberikan usaha terbaik.
  3. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicaranya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki mengubah proses serahan Peraduan, pengendalian Peraduan tersebut.
  4. Pihak Penganjur berhak untuk memadam sebarang serahan oleh mana-mana pihak yang disyaki telah melanggar atau menyalahi mana-mana terma dan syarat am
ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang ia percaya telah menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang berbahaya untuk Peraduan dalam talian ini dan/atau proses serahan Peraduan.

 

Notis Privasi

  1. Dengan menyertai Peraduan tersebut, Peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur dan mana-mana syarikat induk, subsidiari-subsidiari atau syarikat yang berkenaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 dan pembekal perkhidmatan, ejen dan kontraktor yang menyediakan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada Pihak Penganjur dan bertindak bagi pihak Penganjur [“Pihak Ketiga Yang Dilantik”] [dirujuk secara kolektif sebagai “Pihak Penganjur”] untuk memproses maklumat peribadi Peserta yang diberikan dalam penyertaan yang dihantar untuk tujuan Peraduan tersebut. Ini termasuk mendedahkan nama Peserta kepada awam apabila Peserta menjadi pemenang Peraduan dengan menyiarkan nama Peserta, gambar- gambar dan maklumat peribadi yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  2. Pihak Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan menghubungi dan menghantar Peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan-bahan mengenai produk Pihak Penganjur, perkhidmatan, sebarang promosi, event atau peraduan yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur.
  3. Sekiranya Peserta bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang Peserta bercadang untuk
merujuk kepada Pihak Penganjur, Peserta mengakui bahawa Peserta telah mendapatkan persetujuan orang tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada Pihak Penganjur dan untuk dihubungi oleh Pihak Penganjur.
  4. Untuk kanak-kanak bawah umur atau individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, Peserta mengesahkan bahawa mereka telah melantik Peserta untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi dalam notis privasi ini.
  5. Pada masa tertentu, Pihak Penganjur boleh melantik Pihak Ketiga Yang Dilantik untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua Pihak Ketiga Yang Dilantik tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini dan di dalam Polici Privasi Penganjur di http://www.buynwinlah.com/privacy_policy.
  6. Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi Peserta mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Pihak Penganjur akan memastikan negara yang data Peserta dipindahkan kepada mempunyai undang-undang perlindungan maklumat peribadi yang sama atau setara di tempat, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Penganjur di http://www.buywinlah.com/privacy_policy.
  7. Setakat mana yang undang-undang membolehkan, Peserta mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemas kini atau membetulkan maklumat peribadi Peserta yang dipegang oleh Pihak Penganjur. Permintaan atau pertanyaan bertulis Peserta hendaklah dihantarkan secara emel kepada info@buynwinlah.com.
  8. Pihak Penganjur memerlukan maklumat peribadi Peserta untuk memproses penyertaan Peserta dalam Peraduan tersebut, tanpanya Pihak Penganjur tidak akan dapat memproses permohonan Peserta.
  9. Untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai amalan privasi Penganjur, sila rujuk kepada Polisi Privasi Penganjur di http://www.buynwinlah.com/privacy_policy. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi Penganjur pada bila-bila masa.

 

Terma dan Syarat Lain

  1. Semua penyertaan yang diserahkan mestilah karya asli dan tidak menyalahi sebarang hak harta intelek milik mana-mana pihak lain. Peserta tidak boleh memaparkan, mengedarkan, menerbitkan semula atau menyerahkan dalam apa jua cara, sebarang bahan yang mengandungi hak harta intelek pihak lain, termasuk tetapi tidak
terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari milik pihak lain tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hak cipta atau maklumat proprietari tersebut terlebih dahulu. Jika anda percaya karya anda telah disalin dan dipaparkan dalam cara yang melanggar hak harta intelek, sila berhubung dengan Pihak Penganjur.
  2. Pihak Penganjur, dengan budi bicaranya, berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis awal, jika ia diperlukan untuk memastikan Peraduan berjalan lancar.
  3. Terma dan Syarat Peraduan ini disediakan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaja. Jika terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia termasuk tetapi tidak terhad kepada Terma dan Syarat Peraduan ini, versi Bahasa Inggeris akan berkuat kuasa.
  4. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  5. Mengenai Tier 1, setiap Peserta hanya dihadkan untuk menyertai Peraduan tersebut dalam Tempoh Peraduan (dari 1 April 2017- 2 Julai 2017) satu kali sahaja.
  6. Dengan menyertai Peraduan tersebut, Peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini, dan keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur.

 

Syarat Teknikal

  1. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kelewatan dan/atau kegagalan menerima penyertaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan syarikat Penyedia Perkhidmatan Internet [ISP] masing-masing dan/atau rangkaian telekomunikasi untuk menyediakan internet dan/atau perkhidmatan telekomunikasi tepat pada masanya dan/atau efisien.

 

Kandungan Terlarang

  1. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang untuk dipaparkan di dalam Peraduan tersebut. Paparan mana-mana kandungan ini oleh peserta boleh, mengikut budi bicara Penganjur, menyebabkan penamatan keahlian selain daripada kehilangan kelayakan penyertaan. Tambahan lagi, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang- undang yang sesuai, mengikut budi bicaranya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tanpa had, mengeluarkan komunikasi menyinggung yang dipaparkan di laman Facebook Produk tersebut dan melaporkan pesalah tersebut kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkenaan. Kandungan yang dilarang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kandungan yang, atas pertimbangan Pihak Penganjur:-
  • menyinggung perasaan komuniti dalam talian, seperti kandungan yang menggalakkan perkauman, agenda berbaur keagamaan, kandungan provokasi agama, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau kecederaan zikal dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
  • termasuk bahan-bahan yang menyinggung perasaan pengamal agama yang lain;
  • mengganggu atau menggalakkan gangguan kepada orang lain;
  • melibatkan penghantaran “mel sampah”, “surat berantai,” “spam,” atau sebarang surat, e-mel atau komunikasi berkelompok lain yang tidak diminta;
  • merangkumi sebarang maklumat yang [1] Peserta tahu adalah palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan aktiviti haram atau kelakuan yang kesat, atau [3] mengancam, lucah, tnah, atau libel;
  • membentuk atau merangkumi sebarang salinan haram atau tidak sah karya hakcipta atau boleh dihakcipta milik orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program komputer cetak rompak atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti pelindung salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] muzik cetak rompak atau pautan kepada fail muzik cetak rompak;
  • memaparkan bahan lucah, pornogra atau bahan bersifat seksual dalam apa jua bentuk;
  • merangkumi bahan yang mengeksploitasi orang secara seksual atau ganas;
  • merangkumi bahan yang menunjukkan atau menggambarkan sebarang perbuatan yang menyinggung atau ganas sama ada yang melibatkan orang atau orang-orang atau haiwan atau bukan;
  • menyediakan maklumat arahan mengenai aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, melanggar privasi seseorang, atau membekalkan atau mencipta virus komputer; dan
  • memaparkan secara terbuka situasi berbahaya atau berpotensi mengancam nyawa.

 

Undang-Undang dan Bidang Kuasa Pentadbiran

  1. Peraduan tersebut dan Terma dan Syarat Peraduan ini dikawal oleh Undang-undang Malaysia dan setiap Peserta bersetuju untuk menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

Copyright 2016. All right reserved. Designed by Looped