Top

Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (dirujuk sebagai “Lam Soon Sdn Bhd”, “pihak kami”, “kami”) mengumpul, menyimpan, dan mengendali maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Sila baca Penyataan Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Penyataan Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Penyataan Privasi ini.

 

  1. Apa Yang Diterangkan Oleh Penyataan Privasi ini

 

Penyataan Privasi ini menerangkan:

  • Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan
  • Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
  • Bila kami mendedahkan maklumat peribadi anda
  • Bila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara
  • Hak anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda

 

Secara ringkas, pihak kami menjelaskan maklumat yang terdiri dalam Penyataan Privasi ini.

 

  1. Komitmen Kami Kepada Anda

 

Kami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang bermakna dan berasa yakin akan pembekalan maklumat peribadi anda kepada kami apabila menggunakan mana-mana Laman Web pihak kami, kami telah menyediakan Penyataan Privasi ini untuk anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan anda mengenai cara-cara maklumat peribadi anda dikumpul dan digunakan oleh kami.

 

Secara ringkas, Pihak kami komited dalam melindungi maklumat peribadi apabila anda bersama dengan kami, supaya anda akan mempunyai ketenangan fikiran apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami.

 

  1. Definisi Maklumat Peribadi

 

Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ia merangkumi apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda. Bagi tujuan Penyataan Privasi ini, maklumat peribadi merangkumi maklumat peribadi sensitif, iaitu maklumat yang berkaitan dengan kesihatan, pendapat politik, kepercayaan agama anda, dan lain-lain. Untuk mengelakkan keraguan, sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini hanya terpakai jika anda merupakan orang sebenar/seorang individu.

 

Secara ringkas, bahagian ini menjelaskan definisi Maklumat peribadi.

 

  1. Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan

Untuk membolehkan kami memberi anda Produk kami dan untuk beroperasi secara cekap dan berkesan dengan menyediakan produk yang terbaik mungkin kepada anda, kami perlu mengumpul maklumat peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

  • maklumat hubungan seperti nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk nombor kad pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, alamat peribadi dan/atau perniagaan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat emel;
  • minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran Produk kami yang paling sesuai untuk anda;
  • rakaman imej anda melalui kamera-kamera CCTV apabila anda melawat cawangan-cawangan kami;
  • rakaman panggilan-panggilan yang dibuat oleh anda kepada meja bantuan kami untuk peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami.

 

  1. Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi secara terus daripada anda apabila anda:-

  • berkomunikasi dengan kami (contohnya, apabila anda serahkan borang permohonan untuk menyertai Peraduan tersebut)
  • menggunakan rangkaian kami dan Produk lain Lam Soon Sdn Bhd
  • menyertai mana-mana kaji selidik kami;
  • memasuki atau menyertai mana-mana pertandingan atau program kesetiaan yang dianjurkan/dikendalikan oleh kami;
  • mendaftar minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian atau saluran-saluran lain kami) atau membeli Produk kami;
  • menjawab apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar keluar;
  • mengunjungi mana-mana pejabat kami;
  • melawat atau melayari laman-laman web kami;
  • membuat aduan kepada kami;
  • memberi maklum balas kepada kami (contohnya, melalui laman web kami atau secara salinan bercetak).

 

Secara ringkas, kami menerangkan bagaimana dan bila pihak kami mengumpul maklumat peribadi anda, sama ada ia adalah daripada pihak kami atau daripada pihak ketiga.

 

  1. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

 

Kami mungkin mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini, untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:-

  • untuk mengesahkan identity anda
  • untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda untuk Produk kami
  • untuk menyediakan anda dengan Produk yang dimintakan oleh anda
  • untuk mengendali dan mengurus Produk yang kami sediakan anda
  • untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda memberikan kepada kami berkenaan rangkaian dan Produk kami
  • untuk menilai dan/atau mengesahkan kelayakan kredit
  • untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan
  • untuk menguruskan rangkaian kami
  • untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang diminta
  • untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan Produk yang hendak ditawarkan dan disediakan kepada anda
  • untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda
  • untuk memproses komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas)
  • untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian, pasukan perhubungan pelanggan kami dan pembekal perkhidmatan, dan Lam Soon Sdn Bhd dan untuk menjadikannya lebih berkesan
  • untuk menyenggara dan membina sistem dan infrastruktur perniagaan kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut
  • untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti
  • untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri Produk kami
  • untuk memastikan cara kami dapat memperbaiki Produk kami kepada anda
  • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang akan dianonim atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pastikan anda sebagai individu
  • untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan Lam Soon Sdn Bhd
  • untuk menjalankan aktiviti pemasaran (contohnya, kajian pemasaran)
  • untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain
  • untuk mematuhi keperluan undang undang dan pengawalseliaan
  • untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak pengawalselia berkuasa yang berkenaan

 

Secara ringkas, Kami menyenaraikan pelbagai tujuan yang kami akan menggunakan maklumat peribadi anda selepas kami mendapatkan maklumat peribadi daripada anda.

 

  1. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Sebagai sebahagian dari penyediaan Produk kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin diperlukan atau dikehendaki mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:

  • agensi-agensi penguatkuasa undang-undang
  • agensi-agensi kerajaan
  • syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami
  • syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi dan menyediakan anda dengan Produk yang anda telah pohon atau langgani
  • rakan niaga kami dan pihak-pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda
  • pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat

tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Lam Soon Sdn Bhd.

 

Secara ringkas, pihak kami akan menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak berkaitan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi.

 

  1. Pemasaran Langsung

 

Pihak kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberi anda maklumat mengenai produk kami atau pihak-pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda, kecuali diminta atau dimaklumkan sebaliknya oleh anda. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami. Namun demikian, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami di mana anda telah melanggani Produk tertentu yang memerlukan pendedahan tersebut dan/atau kebenaran anda telah diperolehi, tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Lam Soon Sdn Bhd. Kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian kami dengan peniaga dan/atau rakan niaga strategik kami mengenakan kewajipan privasi dan kerahsiaan yang sewajarnya. Jika anda tidak ingin maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda mengubah fikiran anda berkaitan dengan pilihan anda sebelum ini, sila hubungi kami secara emel kepada info@buynwinlah.com. Arahan bertulis anda kepada kami yang terkini akan diguna pakai.

 

Secara ringkas, pihak kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Pihak kami menjanjikan bahawa kami telah mengambil langkah yang wajar untuk memastikan privasi dan kesulitan anda telah dilindungi.

 

  1. Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Diberi Anda Tidak Lengkap?

 

Di mana dinyatakan (contohnya, dalam borang pendaftaran/permohonan), anda diwajibkan untuk memberi maklumat peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk Produk kami. Jika anda enggan memberi maklumat peribadi yang diwajibkan tersebut, pihak kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan  anda dengan Produk kami.

 

Secara ringkas, anda berwajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak kami untuk memproseskan permohonan anda untuk Produk kami.

 

  1. Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

 

Pihak Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami. Jika anda mahu mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami, atau jika anda berpendapat bahawa maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, tidak terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi kami secara emel kepada info@buynwinlah.com. Anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun anda dan nyatakan dengan ringkas maklumat berkenaan yang mana anda ingin meminta sesalinan. Kami akan mengenakan fi pemprosesan untuk menampung kos pentadbiran pencarian untuk dan pembekalan akses kepada maklumat peribadi anda. Kami akan menggunakan usaha yang berpatutan sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam masa 7 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda serta fi pemprosesan yang dikenakan. Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya, apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulangan untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

 

Secara ringkas, anda mempunyai hak untuk akses dan membetulkan maklumat peribadi anda.

 

  1. Kewajipan Anda

 

Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri anda serta orang lain yang mana maklumat peribadi mereka telah diberikan oleh anda kepada kami, dan mengemaskinikan maklumat peribadi tersebut kepada pihak kami. Sekiranya maklumat peribadi anda yang dikemukakan adalah tidak tepat atau tidak sepadan dengan identiti yang benar atau tidak kemas kini, pihak kami berhak untuk membatalkan hak atau kelayakan anda untuk menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan oleh pihak kami.

Secara ringkas, anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap dan mengemaskinikan maklumat peribadi tersebut sekiranya maklumat peribadi tersebut menjadi tidak tepat atau tidak kemas kini.

 

  1. Urusan Dalam Talian Dengan Lam Soon Sdn Bhd

 

“Cookies”

Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dari “cookies”. “Cookies” adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam computer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web kepada keperluan anda. Cookies dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna individu, hanya computer yang digunakan. Anda tidak diwajibkan menerima cookies. Jika anda mempunyai kerisauan, anda boleh tetapkan komputer anda untuk sama ada menerima semua cookies, memaklumkan anda bila sesuatu cookie di isu, atau langsung tidak menerima cookies pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan cookies mungkin akan menjejaskan penggunaan laman web kami kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda.

 

Pautan Ke Laman Web Pihak-Pihak Ketiga

Sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini hanya terpakai di laman-laman web Kumpulan Maxis dan tidak terpakai kepada apa-apa laman web pihak-pihak ketiga yang anda mungkin akses dari laman-laman web kami. Untuk menentukan bagaimana mereka mengendali maklumat peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca polisi privasi mereka masing-masing.

 

Secara ringkas, pihak kami memperibadikan pengalaman web anda dengan menggunakan maklumat yang dipungutkan daripada cookies apabila anda melayari laman web kami. Semua maklumat tersebut adalah tanpa nama dan tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi.

 

  1. Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Ke Luar Negara

 

Ia mungkin perlu untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan niaga strategik kami (“entiti luar negara”) yang terlibat dalam penyediaan sebahagian Produk Lam Soon Sdn Bhd di negara-negara di luar Malaysia atau jika anda menggunakan Produk kami dari negara selain daripada Malaysia. Anda bersetuju kepada pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa mana-mana entiti luar negara tersebut diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada penyediaan Produk kepada anda yang mereka dikontrakkan oleh kami untuk menyediakan dan untuk melindungi dengan secukupnya maklumat peribadi anda.

 

Secara ringkas, ia terdapat beberapa keadaan di mana maklumat peribadi anda akan dipindahkan ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal produk kami atau rakan kongsi strategik (entiti luar negara) terlibat.

 

  1. Pengemaskinian Kepada Penyataan Privasi Kami

 

Kami mungkin akan meminda Penyataan Privasi ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam risalah atau salinan bercetak. Sila semak laman web kami untuk maklumat mengenai amalan-amalan paling terkini kami.

Copyright 2016. All right reserved. Designed by Looped